Sunday, November 2, 2008

North American Symposium on Bats Research (NASBR), Scranton, Pennsylvania – Episode 1.


Hampir 3 bulan dah aku berada di US, dan ini trip conference pertama aku. Tengok dari heading aku kali ni mesti korang dah tau apa type of study aku buat kat US ni kan. Dari Texas ke Pennsylvania kira dari central ke eastern US lah. Aku tukar 3 flight untuk sampai, start dari Lubbock, Texas ke Huston, Texas ke Newark, New Jersey ke Scranton, Pennsylvania. Walaupun tukar tiga flight, bila kata travel dalam US… bunyi macam aku tak ge jauh mana kan? Tapi bila tengok rentas kawasan dan masa yang aku lalu… memang jauh, siap ada time deference lagi.

Korang tengok ni landscape pon lain… extreme pulak tu. Dari hijau kecoklatan hinggalah merah kekuningan...

Lubbock, Texas

Huston, Texas

Newark, New Jersey
Scranton, Pennsylvania

Bila join conference aku memang akan ikut tour diorang tak kiralah pre atau post tour. Bukan apa, nak luaskan lagi pandangan dan pengalaman hehehehe…

Kali ni aku join pre-conference tour ke mines atau pun sinkhole somewhere di Scranton tapi exactly tempatnya aku tak sure … Ain pergi jugak, kami hampir tertinggal… apa taknya flight delay di Newark - 1 jam setengah, dah lah kami ni tersenarai di bawah mereka-mereka yang akan sampai lambat. Itupun kami bertolak pukul 5.05am dan sepatutnya dijangka tiba 4.00pm, tapi pukul 5.30pm baru kami sampai. Bila dah jadi macam ni memang aku rasa berakhirlah harapan aku nak tengok US bats. Tapi nasib kami baik, leader field trip ni tunggu kami… gembiranya. Tanpa check in hotel, kami terus ke field dan rupanya bukan kami je yang terlewat… ada lagi sorang dari Louisiana; Kyle dia pon ada dalam flight yang sama ngan kami.

Kami terus ke sinkhole tu bersama team leader Calvin Butchkoski… bukan main susah lagi nak sebut nama dia ni. Apa-apa pun kami sampai dah gelap dan mereka yang lain tengah sibuk pasang perangkap. Pelik jugak kalau kat tempat lain, kami pasang perangkap sebelum gelap, tapi kat sini lain pulak… interesting!



Oh rupanya ini swarming and hibernation site untuk kelawar dari genus Myotis. Mesti korang confuse kan? Sebenarnya kalau biasanya tempat yang aku tangkap lebih kepada kawasan kelawar forage atau cari makan ataupun kalau kat gua tu bermakna tempat dia tinggal dan akan keluar masa mula gelap untuk cari makan. Tapi kat sini kelawar akan masuk ke sinkhole ni untuk berhibernate… jadi instead of tangkap kelawar keluar, kita tangkap kelawar masuk ke sinkhole ni. Kat sini next week di jangka turun snow… tu yang kelawar-kelawar ni berlumba-lumpa cari tempat untuk berhibernate.

Banyak betul kelawar kami dapat malam ni, hampir 100 ekor kot dari dua perangkap. Jumlah spesies = 4. Diorang kata kat kawasan ni ada 6 spesies... wah kalau diorang datang Malaysia mesti terkejut bapak… apa tak nya dengan saiz Malaysia yang tak seberapa tu pun ada 125 species dan at least kat satu-satu kawasan yang kita tangkap, boleh dapat dalam 20 species.

Ni lah wajah-wajah kelawar US.

Dapat je Indiana Bat tu semua orang excited. Mula-mula aku tak faham... lepas aku bertanya baru aku tau, rupanya kelawar ni tersenarai dalam species yang mengalami kepupusan kat sini. Padanlah diorang excited... Kami dapat 3 ekor malam tu. Ya... lah, dah tau kat mana dia tinggal so dapatlah kami membantu menyelamatkannya dari terus pupus.
Bila dah kata next week nak snow, korang tau-tau jelah betapa sejuk sekarang ni. Dah nak menghapiri 0 darjah celcius (dalam 1 atau 2 darjah celcius sekarang ni kot)… sejuknya tak terdiscribe. Naik menggigil aku ni, dalam hati aku cuma ada satu persoalan… bila lah diorang nak tutup perangkap ni. Dalam kesejukan malam ni aku tengok jam… hah betul ke ni?!… aku baru berada kat sini sejam… mak ai, sekarang ni baru kul 8.00pm dan diaorang nak tutup perangkap pukul 12.00am aduhhhh… bekulah aku ni macam ni.

Semakin lama semakin sejuk… dan akhirnya aku ambik keputusan untuk berkata sesuatu dengan Ain

“Wei… aku dah sejuk sangat ni. Tak larat dah”
“Dah tu nak buat cam ner”
“Aku nak ge berhibernasi sekejab”
“Hah…”

Apa lagi, aku pun gelah masuk dalam trak Cal, dan duduk senyap je kat dalam tu tanpa hidup kan lampu. Tetiba Ain pon join… dan nak dijadikan cerita tetiba je Cal datang

“Oh ok, I can help you”
Apa lagi tersengeh-sengeh je lah yang mampu aku buat time-time cam ni.

Korang tau dia hidupkan hitter… aduh bahagianya rasa. Tak lama tu, ada seorang researcher dari Bat Conservation International (BCI) pon join kami. Katanya dia berasal dari Arizona dan tak tahan sejuk… macam kami jugak lah. Tak lama lepas tu si Kyle pulak join… kira bukan lah kami je yang tak larat. Kira mereka-mereka yang dari kawasan panas/desert di US ni pun tak larat jugak hehehehe…


Wajah ku yang kesejukan huhuhu...

2 comments:

biha said...

best la kak..
baru 3 bulan smpai..dah byk aktiviti dibuat...

juliana.senawi said...

Nanti Biha pun camtu juga.