Friday, November 7, 2008

The Electric City– NASBR Episode 4

Sepanjang conference berlangsung, aku ada juga curi-curi masa untuk merehatkan otak. Bukan apa maklum jelah, satu hari suntuk cuba memahamkan apa yang diorang ni cuba nak sampaikan… paham-paham je lah, capacity aku punya memory ni… manalah dapat terima banyak-banyak maklumat dalam satu masa. Takut server-down… Jadi untuk memberi ketenangan dan merehatkan fikiran apa lagi ge lah jalan-jalan sikit. Bukan jauh pun… sekitar bandar Scranton atau lebih dekenali dengan Electric City ni je hehehehehe…



Aku rasa bandar Scranton ni agak kecil tapi menarik… pemandangan, landscape dan bangunan, sangat berbeza dengan keadaan yang biasa aku nampak.




Ada jugak beberapa perkara yang menarik perhatian aku di sini.

Ini Lackawanna College, apa yang menarik pasal college ni aku rasa lah lelaki dan perempuan diasingkan tapi berada di bangunan yang sama. Jadi diaorang bahagiakan, sebelah kanan bangunan college lelaki dan yang sebelah kiri perempuan. Jadi di tengah-tengah tu diaorang punya admin. Faktor aku kata macam tu sebab kita boleh nampak sign Girls disebelah kiri dan Boys sebelah kanan dengan jelas di atas pintu di situ. Speculation aku hebat tak hehehehe...

Yang ni pulak sekolah… rasanya sekolah rendah. Tengok dari luar macam tak percaya bangunan ni sekolah. Kalaulah masa aku kecik-kecik dulu kena ge sekolah kat sini aku sure mak aku ge cari sekolah lain. Apa taknya… tengok jelah pokok yang tumbuh subur dah menjalar di luar bangunan ni… sure mak aku kata “Janganlah sekolah kat sini… banyak ular” hehehehehe. Bukan apa, teringat aku pada satu ketika dulu, aku cuba nak tanam pokok yang menjalar seperti tu kat rumah aku… tapi mak aku lah orang pertama yang tebas semua pokok tu disebabkan takut ular tinggal… bagi aku macam cool je. Biasalah anak ngan mak banyak lah conflict nya hehehehe.

2 comments:

JuNe.. said...

wesss,,u look red ma,,hahaha

mane hadiah utk aku yg ko janjikan tue???huahua
nipuuuuuuuu

juliana.senawi said...

hehehehehe... tungguuuuu