Saturday, November 28, 2009

A story to tell

(January 2009)
Hari ni kami ke sekolah rendah tu lagi... advisor kami bagi talk about Malaysian Bats. Lab kami ni dikenali Malaysian Bats Conservation Research Unit (MBCRU). Kami cuba nak educate murid-murid sekolah di US, especially yang tinggal di Lubbock ni, sebanyak mungkin pasal rainforest... maklumlah sini kawasan padang pasir, contrast yang amat lah dan yang paling penting memperkenalkan Malaysia Bats seterusnya 'Malaysia Truly Asia'. Bunyi macam semangat patriotic lah pulak hahahaha.

Advisor ku... talking about bats

Masa ni kami ada juga bawa beberapa specimen untuk display. sajalah nak tunjuk kat budak-budak ni rupa kelawar sebenar. Aku ni pun kalau tak kerana seorang pengkaji kelawar, mungkin tak tau cam ner rupa kelawar ni sebenarnya dan tak kan ada peluang tengok secara live hehehehe

Budak-budak ni macam excited je tengok specimens... tu tak tengok yang hidup lagi tu.

untuk maklumat lanjut tentang apa yang kami buat di sini... layari Malaysian Bat Education Adventure di http://www.ttu-mbea.org/ bagus untuk menambahkan ilmu pengeahuan

benda yang aku paling suka kat sekolah ni... mural diorang. Nature dan cantik... ni anatara yang sempat aku potretkan sambil-sambil menghayati talk dari advisor aku hahahaha

Freezing Fog


Hari ni juga cuaca dah makin sejuk. Tahap penglihatan pulak dah semakin critical. Kira kalau kat Malaysia ni macam keadaan berjerubulah... tapi kat sini tanda-tanda nak salji.


Sepanjang hari ni... ni je lah yang dapat dilihat menerusi mata kasar dan keadaan sejuk semakin menusuk kalbu. Bila keadaan macam ni menjelma... untuk aku tiada yang lebih bahagia selain berada di atas katil sambil mengenakan selimut tebal ;)

Wednesday, September 9, 2009

Elementary School

15th January 2009

Hari ni kami ada discussion di salah sebuah sekolah rendah di kawasan Lubbock ni; North Ridge Elementary. Pukul 6.30am kami dah terpacak kat sekolah tu, gila kentang! Mesti korang pelik, apa lah pulak kitaorang buat kat sekolah rendah ni… nak kata kami ni cikgu sekolah tak delah pulak. Sebenarnya kami ada discussion berkaitan program untuk memperkenalkan sains dilapangan kepada kanak-kanak sekolah rendah. Target kami 4th grade atau murid-murid umur dalam sepuluh tahun cam tu lah. Salah satu objectivenya untuk beritahu kat diaorang ni yang science ni bukanlah semata-mata lab coat dan test tube. Jadi program kami dia panggil… ‘Live From The Field’.



Aku ngan Ain bergaya dihadapan papan kenyataan sekolah rendah ni. Kira macam notice board untuk parents lah gitu. Seingat akulah... sekolah aku kat kampung tak de lah pulak notice board cam ni. Tapi kalau ada benda ni pun tak guna juga kot, sebab kebanyakan kami ge sekolah sendiri... samada berjalan kaki atau pun naik basikal huhuhuhu.


Of course, advisor kami lah yang do most of the talking… semua orang dengar jelah dan sekali sekala mencelah memberi sokongan.


Serious betul dia bila bab-bab cam ni. Danny selaku programmer dan IT officer sibuk gak menerangkan sesuatu pada cikgu-cikgu kat situ.

Kami pulak lain yang dibuatnya...bukan apa kami ni cubalah nak mengexplore dan menghayati serta membandingkan keadaan sekolah rendah diorang ngan sekolah rendah kita kat Malaysia. Lain sungguh… Nampak diaorang ni lebih relax dan tak de tekanan, terutamanay berkaitan exam. Macam best lah pulak.

Bayangkan... ni aku berada dalam darjah 4 kat Malaysia...dengan persekitaran yang bergini. Buku tak yah bawa balik... tu susun je kat rak belakang. Most buku nya pulak buku cerita je bukan nya sifir ke ataupun apa-apalah buku yang susah-susah.


Ni tengah ambik feeling lah ni… ada gaya tak?


Woi dah lah wei... concentrate lah sikit korang.






Thursday, September 3, 2009

Giant Map of Asia

9 Januari 2009

Lama betul aku tak update blog ni, banyak betul cerita yang aku nak tulis kat sini… apa-apa pun aku rasa ada baiknya aku sambung maklumlah KENANGAN. Bagi aku kenangan adalah benda paling berharga yang berlaku dalam hidup aku ni. Tak kiralah samada kenangan tu manis mahupun pahit sekali pun. Itu semua pengalaman yang mendewasakan aku dan menjadikan aku insan yang lebih berguna…..

Masa ni class tak start lagi… tapi biasalah graduate student, apalah lagi kerjanya kalau tak melepak kat lab. Tengah cuma mengoccupiedkan diri tetiba aku ternampak kat Tech Announcement pasal Giant Map of Asia. Maklumlah sebagai warga Asia, ada perasan excited dan nak ge tengok benda ni. Apa lagi… aku pun ajak lah Ain untuk ge tengok. Tak teringat pulak aku exactly saiz map ni, tapi yang aku pasti sebesar hall yang boleh muat untuk 200 orang kot.

Ni kira sebahagian je dari map tu... camera aku yang wide angle tu pun tak dapat nak cover keseluruhan map ni. Aku ada kat situ sebagai scale lah heheheh....
Bila tengok map besar-besar cam ni ada persoalan yang bermain difikiran aku... "nak tengok area mana yeak..." Oh I have been there! –
Sure lah ni negara tumpah darah aku... Malaysia, sure aku dah jejak kan kaki ni at most of the area termasuk Borneo (Sabah dan Sarawak) dan juga Singapore.
Oh ni negara jiran aku yang di sebelah utara (Thailand)... rasanya aku dah sampai area Phuket ni
Oh Bangkok juga.
Jepun di kepulauan Hokaido, pernah juga aku berlari-lari menangkap kelawar di sana.
Kat sini pun aku sibuk menangkap kelawar pada satu masa dulu... Sulawesi. Nak specific lagi, kat Buton Island.
Oh Taipei, tempat flight aku berhenti isi minyak masa on the way ke sini dulu hahahaha
Di Hanoi ni aku habis kan masa dengan menangkap kelawar juga di Ha Long Bay.
Jakarta dan area Java ni aku ge melawat-lawat je. Akhirnya ada juga tempat yang aku ge untuk bersiar-siar huhuhuhu

Bila berpusing-pusing atas peta ni tetiba terpandang lak area yang aku lum pernah sampai lagi.
World's Lowest Point - Dead Sea kat border Jordan dan Israel. Kalau aku sampai sini sure dari sebelah Jordan maklum je lah Malaysian tak leh masuk Israel.
Satu lagi World's Deepest Lake - Lake Baikal. Located in the south of the Russian region of Siberia. Sebab tu lah the body of water is also known as the "Blue Eye of Siberia". Katanya luas tasik ni merangkumi 20% of the world's surface fresh water.
Ini pulak World's Highest Point - Mount Everest dengan ketinggian 8,850 M. Siapalah agaknya yang mengukur ni ya?

Tak ketinggalan aku nak ge lawat dan beribadah kat tempat ni - Mecca. Insya'allah aku akan sampai juga kit sini satu hari nanti.

Thursday, June 25, 2009

Winter Break ‘08 (Episode 9) – Welcome to Aggieland

(Kisah Dec. 28, 2008)

Lepas makan kami meneruskan lagi perjalanan. Kami bermalam di rumah Linda di College Station bagi yang perempuanlah… bebudak lelaki lak bermalam di rumah si Faizal. Pagi tu Linda bawa kami ronda-ronda Texas A & M at College Station. Besar juga campus diaorang ni… biasalah TEXAS, apa je yang tak besar… apa je lah yang tak luas
Tempat bergambar wajib bila sampai university orang lain... muka depan dan yang lain ni di sekitar Texas A & M...



Thank you Linda… hope we can meet again

Lepas lawat campus kami terus berhenti di Dallas sebelum meneruskan perjalanan pulang. Apa lagi bershoppinglah pulak. Tinggal di US ni nak menyoping grocery halal dan makan di restoran halal memang ada sedikit kesukaran… jadi bila jumpa tempat yang sesuai tu, peluang tak akan di lepas kan. Stok macam ala-ala mangsa banjir.

Lepas puas bershopping kami balik ke Lubbok (home sweet home….) sampai dah dekat subuh dan total perjalanan kami lebih kurang 2100 miles.

Monday, June 8, 2009

Winter Break ‘08 (Episode 8) – NASA, Houston

(Kisah Dec. 27, 2008)

Nampak gayanya … lama betul aku tak menulis blog aku ni. Nak kata busy tak delah sangat huhuhuhu saja je bertapa sebentar… ada baiknya aku sambung cerita yang dah lama tertangguh ni.

Maka cerita di Houston bermula dengan… waktu awal pagi Zarul dan Ain ge check keadaan kereta dan baiki tayar spare… di Walmart, maklumlah jauh lagi perjalan kami ni. Aku ngan Faisal ditugaskan untuk berkemas huhuhu.

Lepas pastikan kenderaan OK dan barang semua teratur, kami ke Space Center Houston, located at 1601 NASA Parkway. Mulanya ingat tempat ni kecik je… rupanya bapak lah lusanya, banyak station lagi tu. Station Angkasa lah… Bawah Air lah… bawah tanah lah… dan banyak lagi lah.


Masa kat sini kami terjumpa keluarga dari Malaysia lagi (ramai juga orang Malaysia kat US ni, ya lah nampak gaya macam senang je nak jumpa kan hehehehe). Mereka menetap dan bekerja di San Jose.

Ni lah keadaan di sekitar NASA ni…

Kat pintu masuk
mana satu GIANT nie.... hahahaha
Apa kes lak mamat belakang tu? ni mesti jelouse sebab kami dari Texas Tech... GUNS UP!
para super hero
Ni station angkasa!
space racing!


Sebelum meneruskan pejalanan kami singgah makan malam di Jamilah Garden. Bila jumpa restaurant halal je… biasalah… rasa duduk US ni macam tak cukup makan je. Selagi ada yang tersenarai dalam menu tu kalau boleh semua nak di cuba (macam tamak lah pulak) hehehehe. Begini lah nasib kami diperantauan.


alahai kesiannya lah kami... huhuhu