Monday, November 3, 2008

Trolley Museum, Scranton – NASBR Episode 3


Habis beraktiviti di Steamtown, aku singgah pulak di Trolley Museum. Mula-mula confuse juga… apa taknya biasa bila kata trolley tu kan cart yang ada kat pasaraya tu. Tak kan lah itu pun dia nak buat museum. Tapi apa-apa pun aku ge selidik.


Ini lah bendanya

Oh rupanya trolley ni lebih kurang train jugak tapi bezanya dia bergerak guna electric. Kalau korang pernah tengok kat TV ke, mana-mana lah yang jalan raya share ngan town train… ha ini lah bendanya. Tu yang Scranton dikenali sebagai Electric City tu… sebab trolley ni antara transportations utama kat sini dulu dan banyaklah rail bertiang electric kat sini... satu masa dulu.

Macam biasa lah bila ada peluang untuk naik trolley ni, aku lah orang nombor satu nak naik. Semua nak cuba, ummmp… kali ni aku cuba “Trolley Excursion Ride” pulak, dan yang ni lagi best… dia bawak aku masuk dalam wood (cara diorang panggil hutan kat sini). Adalah dalam 10 batu… jauh jugak tu, siap lalu tunnel lagi.
Tambahan cantik betul pemandangan kat sini, maklum jelah sekarang ni semua daun-daun dah bertukar menjadi merah kekuning-kuningan. Ni yang Ain dok sebok kata banyak pokok cerita Mohabatin ni… ni mesti dia nak tulis surat guna daun gak ni macam dalam cerita tu… hehehehehe alahai Ain... jiwa kacau lah tu...

Inilah trolley yang membawa aku bersiar-siar

4 comments:

iDa said...

Julie...!!!

great to see u here...hihi..lama tak dengar citer... apa YM? Facebook???

juliana.senawi said...

Ida!!!!
Ada... YM: suzu_aisawa@yahoo.com add lah julie ya. Lama tak dengar cerita kawan2

JuNe.. said...

owhhhh,,,indahnye,,
ade duit lebeyy boleh le bwk aku jln2 sane,,huhuhu

juliana.senawi said...

kumpul lah sikit... ada rezeki insya'Allah kita boleh ge jalan :)