Sunday, November 9, 2008

University of Scranton & Auction – NASBR Episode 5



Malam ni kami ada reception party di University of Scranton. Tak jauh pun dalam 10 minit berjalan kaki dari Hilton (Hotel dimana NASBR berlangsung)

Disamping tu, ada auction. Ini adalah aktiviti yang jarang ataupun tak pernah kita tengok kat Malaysia. Kat sini biasa je, bila ada conference diaorang akan lelong barang2 lama atau baru berkaitan conference tersebut dan dalam case ni kelawarlah… tak kira lah buku ke, poskad ke, t-shirt ke, cage ke atau apa-apa je lah. Seronok gak tengok diaorang berlawan-lawan harga. Aku cuma pernah tengok benda ni kat TV, bila experienced it sendiri… rasa seronok pulak.

Tujuan utama auction ni untuk fund rising bagi membantu pelajar datang ke conference ni dimasa akan datang mahupun untuk beri bantuan untuk menjalankan project. Kira bagi small fund untuk students lah. Dan bagusnya dia ada juga silent auction yang mana di items tu ada paper macam sign-up sheet and starting price ditulis kat kertas tu, jadi sesiapa yang berminat beat je lah dengan cara menulis… kalau kita menang, bayar je lah hehehehehe.

Ni yang mak kami; Tigga beli menerusi silent auction, aku tak pasti apa bendanya ni… nampak macam handkerchief, tapi tak pastilah kalau benda ni plate buku sebab dia kata benda ni tak de dah sekarang… rare. Mungkin juga hanya lukisan…mmmm. Confuse aku, tapi apa-apa pun nampak menarik dan unik. Harga USD 60.

Yang ni dia tengah cuba jual cage kelawar dari Datuk kami; Thomaz H. Kunz. Cage ni Atuk guna masa dia muda, semasa diawal-awal careernya. Ada juga mak kami cuba nak beli tapi dia dah tak mampu untuk mempertahankan jadi terpaksalah jual ke orang lain dengan harga USD 400 kalau tak silap… huhuhuhu

Masa ni juga kami gunakan untuk bersosial dan beramah mesra… hehehehehe




No comments: