Friday, February 27, 2009

Winter Break ‘08 (Episode 7) – Long Horn Territory

(Kisah Dec. 26, 2008)
Capital Building at Austin

Kami singgah di University of Texas at Austin untuk buat horn down depan main entrance university tapi yang lawaknya kami tak jumpa pon… rasanya mungkin diorang ni tak de main entrance yang ada signboard besar macam university kami kot.

Kami jumpa padang bola sepak.

Yang ni pulak aku tak sure pintu untuk ke mana hehehehe
Masa tengah pusing-pusing mencari tempat yang sesuai untuk bergambar, ternampak pulak possum. Apa lagi tak cukup tanah lah aku mengejar… nak ambik gambar je.

Possom yang menjadi mangsa kejar mengejar

Dah puas pusing UT ni, kami teruskan perjalanana ke Huston

Thursday, February 26, 2009

Winter Break ‘08 (Episode 6) – San Antonio

(Kisah Dec. 26, 2008)

Kami sampai di San Antonio dah pukul 6 pagi. Punyalah semangat...

“ Korang lepas subuh kita ge breakfast, makan banyak-banyak sebelum tido”.

Ya lah tu, lepas subuh je, semua padam… breakfast lah konon, sedar-sedar dah tiba masa untuk check out. Siap front desk call lagi tanya nak sambung stay ke nak check out.

Kami check out dan terus ke Sea World. Kalau tak silap cuma ada 3 je Sea World around US ni; San Diego, San Antonio dan Orlando. This is my second time to be at the Sea World. First time was 2006 di San Diego Sea World.

Kami terjumpa 2 famili dari Malaysia yang belajar di Minnesota dan Kansas. Best juga rasanya bila jumpa community sendiri di tempat orang.

Malaysian at the Sea World!


Seputar di Sea World


By the time kami meninggal kan Sea World dah sampai masa untuk makan malam, terasa pulak nak ke River Walk untuk makan malam… bunyi macam best je. Tapi bila kami sampai, punya lah ramai giler



orang berrejam tunggu nak dapat seat kat restaurant. Nasib baik makanan dia ok (ataupun sebenarnya kami yang dah kebulur hehehehe…)

Sekeliling River Walk...


Sambil makan kami berbincang sama ada nak stay atau teruskan perjalanaan mengikut jadual asal. Obviously, aku ngan Ain kira setuju jelah… dah kami penumpang di belakang hehehehe. Zarul dah tak berapa larat tapi Faisal kata dia ok lagi untuk drive… so kami pun teruskan perjalanan…

Wednesday, February 18, 2009

Winter Break ‘08 (Episode 5) – Big Bend National Park

(Kisah Dec. 25, 2008)


Tiba Big Bend dah tengah malam… ada call untuk reservation tapi diorang kata kami kena sampai sebelum puku 10.00pm sebab diaorang nak balik raya… pulak… mana lah sempat. Apalagi berrejam gaklah kami berputar-putar mencari tempat penginapan akhirnya dapatlah juga .. dalam pukul 2.00am huhuhu. Yang penting driver kena rehat.

Oh rupanya kami bermalam di “Terlingua Ghost Town”… nasib tak perasan malam tadi… kalau tidak mesti tido tak berapa lena (eh.. iye ke? Hehehehe)

Pagi tu kami terus ke Big Bend National Park, kalau korang nak tau national park ni dapat nama from its location on the bend of the Rio Grande. The river creates a natural border that separates the United States from Mexico. Maka dengan itu perjalan kami pun bermula dengan The Panther Junction Visitor Center for registration dan seterusnya ke The Chisos Basin Area. Adalah kami buat sikit day hikes dalam 0.3 mile je to Window View. Tempat ni provides an excellent place to watch sunset and view the mountains.

Ni lah dia Window View tu

Pastu kami ke Santa Elena Canyon. Nak di jadikan cerita, masa on the way ke situ, tayar kereta kami panjitlah pulak. Nampak gaya macam tak de siapa je pernah ada pengalaman tukar tayar… mmm… apa taknya kalau semua sibuk baca instruction hehehe. Nasib baik ada brother motor besar berhenti dan tolong kami. Membantulah sangat. Terima kasih Bro, we really appreciated it! 2 jam jugak lah nak siap tukar tayar ni.



Akhirnya tiba juga di Santa Elena Canyon and ni lah Rio Grande yang aku cakap tadi tu.

Kami dah terlewat dari jadual asal… keadaan dah gelap jadi terpaksalah cepat keluar dari sini. Masa nak berhenti sembahyang Maghrib/Isyak, ternampak pulak Javelina. Excited jugak lah. Apa taknya tak pernah jumpa… sekali pandang macam wildboar (pig). Ni aku cerita sikit, Javelina is not a pig, a feral hog or a wild boar. Although similar in appearance to a pig, it is a collared peccary. Along evolutionary lines, a collared peccary is a distant relative of wild pigs and hippos. Scientists know it as Pecari tajacu.

Menurut Biologists, the confusion probably started as soon as European explorers arrived in the New World. The Javelina is native to the Western Hemisphere, while true pigs developed in the Eastern Hemisphere.

Javelina tengah lintas jalan… korang tengok rupa dia mengelirukan tak… jadi kalau sembelih kira boleh makan ke ni?



Kesimpulan: pemandangan kat sini memang cantik. Tapi mungkin ada yang kata aku ni bias maklumlah aku major in animal study… mestilah lebih appreciated benda-benda macam ni kan. Apa-apa pun aku memang suka Nature :)



Masa nak keluar dari National Park ni, kami kena lintas border patrol check lagi, tapi kali ni nasib Zarul tak seperti sebelum ni… maka kena tahan. Macam-macam soalan di ajukan, untuk pastikan si Zarul ni bukan lah pendatang dari Mexico. Maklumlah muka dah memang macam orang dari sebelah sana hehehe. Hari semakin lewat dan keadaan kat sini dah bertambah sejuk… mmm… apalah agaknya nasib Zarul kali ni.

Akhirnya, lepas 2 jam di tahan dan disoal siasat, maka kami dibenarkan untuk teruskan perjalanan. Moral of the story, sepanjang berada di luar Malaysia, di nasihatkan untuk membawa passport kemana juga anda berada, kalau tidak anda mungkin akan dipenjarakan atau di denda atau kedua-duanya sekali :(

By the time kami mulakan perjalanan, at lease dah 4 jam terlewat dari jadual asal. Agaknya pukul berapalah kami akan sampai di San Antonio ya? Nak dijadikan cerita lagi… kami terlangar rusa lah pulakkkk… OH NO! Tapi bukan lah salah abang driver kami, keadaan gelap… tengah highway, tak de lampu jalan pulak, lagi pun sebenarnya rusa tu dah kena langgar. Masa rusa tu cuba untuk bangun kami pulak lah langgar sekali lagi… ishk ishk ishk. Dah dia terbaring manalah nampak, dah dekat baru perasan huhuhu. Tapi yang merisaukan kami tanduk rusa tu… kami manalah ada tayar spare lagi. Kot lah tanduk tu kena tayar dan bocor pulak… aduhai. Apa-apa pun tayar ok, cuma masa kami berhenti untuk check tayar tu terdengar suara rusa tu merintih kesakitan dan meminta tolong… tapi masalalahnya kat tengah highway yang gelap, 3 lane pulak tu dah lah kat sini banyak trailer ala-ala Transformers, macam manalah kami nak tolong.

Sunday, February 15, 2009

Winter Break ‘08 (Episode 4) – El-Paso

(Kisah Dec. 24, 2008)

Kami tiba di El-Paso dah malam dan masa untuk cari tempat tido. Oleh kerana ni macam trip ad-hoc je, jadi tak delah kami buat reservation. Main redah je, masa on the way adalah kami call beberapa motel untuk cuba nasib. Macam tu lah arrangement kami untuk tempat tinggal… tak patut di jadikan tauladan huhuhu. Apa pun akhirnya kami bermalam di Beverly Motor Crest Motel… murah dan yang penting bak kata Faisal, yang jaga counter India so kami akan ok dan selesa tinggal kat sini. Apa-apa lah, yang penting dapat rehat dan dapat tengok El-paso pulak esok …ZZzzzz…

Bila bangun pagi tu, terkejut juga tengok landscape di sini. Bergunung ganang rupanya :)

Untuk El-Paso ni cadangan yang kami ada sebenarnya nak lawat Zoo, tapi oleh kerana harini Zoo tutup sempena esok nak Christmas apa lagi… plan pun berubah lah.

Jadi apa lagi… aku cadang kat diorang kami ke Downtown El –Paso, pastu ge lawat Golden Horseshoe District. Tempat ni sebenarnya kira Sensational Shopping Streets lah. Atau lebih mudah nak difahami macam kat Wang Kelian ke, Bukit Kayu Hitam ke cam tu lah. Deretan kedai kat sempadan. Tempat ni adalah sempadan US ngan Mexico. Jadi apa lagi… dah dekat ngan Mexico kami pun tak lepaskan peluang untuk cuba menjejakkan kaki ke sana. Tapi apa yang sebenarnya terjadi… Zarul tak bawak passport lah pulak… hmmm…


Masa berada di border point ada kisah yang lucu, menakutkan dan tidak pula dapat dilupakan. Kisah ni terjadi kepada Faisal… sedang asik memerhatikan orang menyeberang sempadan, dia pun sibuk lah mengambil gambar… tetiba je boder patrol sound kata jangan ambil gambar. Pastu tetiba je dia datang mintak camera dan delete semua gambar yg diambil di sekitar border tu. Nasiblah delete gambar je kot rampas lah pulak camera aja naya. Tapi yang kelakar sempat lagi Faisal bertanya ngan officer tu… nak ge belah Mexico jab… dengan selamba dia kata “Ada perlu apa ke sana? Kalau setakat nak jalan-jalan je tak payah lah… tiap-tiap hari ramai je orang mati kat belah sana tu. Banyak kes tembak menembak” … mmmm pulak. Tak jadi lah kami nak ge huhuhu


Jadi ambik gambar di belah US je lah


Selepas puas bershopping apa lagi… masa untuk cari makan. Kami berhenti di restaurant arab… owner dia muslim. Sempat jugalah kami beramah mesra dan bertanyakan dimana masjid terdekat.




Selepas makan dan sembahyang di masjid, kami terus ke walmart untuk beli makanan nak bawak ke Big Bend National Park, maklum jelah esok Christmas. Tapi ada perkara yang kami tak sangka-sangka berlaku… walmart tutup. Pulakkk… seingat aku kata Danny dia tutup Christmas Day bukanya Christmas Eve… lagi pun ni tak pukul 8.30 malam lagi huhuhu. Akhirnya kami shopping jelah dia petrol station.

On the way ke Big Bend, Faisal kena warning ticket sebab memandu di lorong yg salah (lorong untuk memotong sahaja) hehehehe. Kira pengalaman baru untuk kami lah ni. On the way tu juga ada pulak border patrol check. Dia mintak document perjalanan… Zarul tak bawak passport tapi nasib baiklah abang boder patrol baik, maka kami pun teruskan perjalanan....

Wednesday, February 11, 2009

Winter Break ‘08 (Episode 3) – Ski at Apache Mountain

(Masih kisah Dec. 23, 2008)

Kami teruskan perjalanan… kali ni ke kawasan pergunungan pulak. Perjalanan ke puncak boleh dia katakan menyeramkan… apa taknya elevation kawasan ni mencapai 5400 to over 1200 ft. Tahu je lah kalau kawasan macam ni jalan pun sempit dan dicelah-celah gaung, tambahan pula sekarang ni snowing huhuhu. Apa pun kami berdoa semoga perjalan kami ini di redha’e dan dilindungi Allah.

Tujuan utama kami nak pergi main ski. Ada diantara kami yang biasa ataupun pernah main ski? Jawapanya tentulah tidak. Ini our first time hehehehe.


Welcome to Ski Apache, owned and operated by the Mescalero Apache Tribe. Luas kawasan ni approximately 720 square miles!

Hebat betul kaum asli kat sini, maju betul diaorang ya. Kalau nak tau lebih lanjut berkaitan kaum native ni, boleh tanya Ain. Dia banyak buat kajian pasal kaum ni… especially yang ada kat US ni. By the way, cost untuk main ski kat sini cuma USD20/person/day which equivalence dengan cost untuk rent skis, boots and poles.


Biasalah, first time main ski ni… banyak terjatuh dari melunjur tapi walau bagaimanapun kami tetap bergembira. Berjuta kali jugalah tersungkur, inilah cabaran namanya, tapi walau apa pun… aku rasa Zarul lah yang ada pengalaman paling manis dan sukar untuk dilupakan. Bila kami teringat Ski je teringat Zarul… dan terus je kami tersenyum. Biasalah pengalaman pertama… kadang-kadang mengerikan pun ada juga heheheheh


e.

Tuesday, February 3, 2009

Winter Break ‘08 (Episode 2) –The Alien Country

(Kisah… Dec. 23, 2008)

Kami mulakan perjalanan dari Lubbock, Texas ke Roswell ,New Mexico. Pekan ni kecil je tapi terkenal dengan UFO dan juga Alien. Suatu masa dulu, aku suka tengok episode kat TV berkaitan Roswell ni… dan seingat aku, adik aku yang bongsu memang minat betul cerita ni. Siap ada novel pulak lagi pasal Roswell. Aku rasa korang mesti dapat agak kan, kenapa kami nak lawat tempat ni kan? Terutamanya aku lah. Anyway… bila plan perjalanan ni dan aku tau Roswell ni tak le jauh mana dari Lubbock, dalam 2 jam perjalanan dengan kereta… apa lagi nak sangat lah aku tengok apa sebenarnya yang ada kat situ. Tujuan utama… nak bagi Adik aku jealous hehehehehe.

Biasalah hari pertama journey… excited. Kalau boleh semua benda nak tengok. Harap tak de satu pun yang terlepas, maka berjagalah sepanjang perjalanan. Pemandangan sepanjang perjalanan ini hanyalah padang lapang berserta jentera pengali minyak.


Sekali sekala kumpulan Geese melintasi kami tapi yang ni banyak betul… berjuta kot! Maklumlah masuk winter dah ni… berpindah randah lah diorang ni.



Dan yang menariknya, rumah pun ada atas jalan :)


Ni lah tempat yang kami tuju. UFO Research Centre Museum.



Tempat ni tak seperti yang aku bayang kan dari pembacaan dan episode dalam TV. Memang betul lah pengaruh TV ni dasyat… tapi apa yang dah sebenarnya berlaku… pelawat tak di benarkan ke field lagi (tempat mana turunnya UFO tu), macam yang aku baca dudu-dulu… sebab sebenarnya benda tu kat private land. Owner dia tak berapa suka, especially bila FBI bagi surat berbentuk sijil arahan dan berkaitan tempat tu contohnya; apa kita patut buat jika terjumpa Alien atau UFO.

Tapi tak pelah… diaorang ada bagi tau yang new museum will be open soon. Sempat juga aku tengok plan nya… besar dan bentuk macam space ship…. Wah macam best je.

Anyway… as soon I enter the museum, I meet RALF (Roswell Alien Life Form)


And most of the exhibit is about the Roswell Incident Timeline. They provide a day-to-day accounting that became the Roswell Incident (Incident mereka jumpa alien dan kapal angkasa kat sini pada tahun 1974). Witness testimonies, photographs, maps, copies of newspaper and a mock up of Roswell radio station in 1974 semua ada kat sini. Ni antara sebahagian dari pameran yang kita boleh lihat di sini.







Eh… Alien pun sambut Christmas juga ke?



Adik, jangan jealous ya, Ana dah jumpa Max dan rakan-rakan… hehehe