Wednesday, January 28, 2009

Lady Rider

(Kisah… Dec. 21, 08)


Masa untuk bersenang lenang dan berhibur… maklumlah dah masuk winter break. Hari ni kami ge tengok basket ball - team perempuan university aku atau lebih dikenali dengan nama ‘Lady Rider’. Team university aku ni kira yang hebat gak lah kat US ni… kalau macam kat Malaysia tu macam untuk Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) lah kot.


Kami dapat tiket dari Dr. Baker. Dia tu ahli jawatan kuasa kot, dan biasanya dapat tiket free. Tu yang dapat duduk sit depan sekali Row no. 1 lagi tu. Kalau tak jelas lagi tengok match ni tak tau lah hehehehe. Hari ni Lady Rider lawan Sacramento State. Macam yang di jangkakan… team university aku lah yang menang.


Bila menang... mereka pun menyanyikan lagu Texas Tech University

Tapi apa yang menariknya … seataip kali break ada je hiburan…

Ni iklan… susu kot

‘Cheer – Leader’ & Budak Kecik… tengah bagi hadiah pada siapa-siapa yang bertuah.


Persembahan tarian kanak-kanak sempena christmas




'Marry Christmas for y'all too!'

Tuesday, January 27, 2009

White Elephant Party

(Kisah… Dec. 20, 08)

Ini tak adil! Kita kena ubah rules … apa tak nya, dah 3 kali hadiah aku kena curi!

Sekarang ni masih dalam mood Christmas… ada party kat rumah Julie Parlos, ramai juga yang datang walaupun dah ramai juga yang balik kampong nak sambut raya.

Kat party ni ada game… yang mana semua orang yang hadir kena bawa hadiah yang berharga dalam lingkungan USD 10 – USD 20. Bila sampai je rumah ni semua kena letak hadiah kat bawah pokok krismas yang kami hias beramai-ramai. Setiap orang akan cabut nombor… bermula dari no. 1 dan seterusnya. Ok… bila sampai giliran nombor kita, ambik hadiah dah buka kat situ dan bila giliran seterusnya dipanggil orang yang berikutnya tu ada pilihan samada nak curi hadiah orang-orang yg dah buka hadiah dia atau pun ambik hadiah yang masih berbungkus di bawah pokok. Syarat yang ada… hadiah yang sama hanya boleh dicuri 2 kali. Paham ke maksudnya ni?


Anyway, apa yang terjadi kat aku lain pulak… dah 3 kali hadiah aku di curi… tu yang buat aku tak puas hari tu.

Hadiah pertama aku dan dicuri oleh Hugo

Hadiah kedua aku dan di curi oleh Donna...


Hadiah ketiga aku dan di curi oleh Becky ... huh...


Lastly ni hadiah aku bawa pulang…

Aku pulak curi yang Zarul punya hehehehe...

Monday, January 5, 2009

Angin dan Ice

Teringat suatu masa dahulu… ketika belajar subject ‘Alam dan Manusia’… rasanya darjah lima masa tu kot. Belajar pasal negara-negara empat musim, terasa tempat tu macam best je… terutamanya bila membayangkan salji turun, bermain salji dan sebagainya. Tapi bila sekarang dah merasai sendiri, barulah faham mengapa orang selalu kata ‘kenyataan tak seindah bayangan ’.

Pada awalnya, berada dalam keadaan dibawah tahap beku memanglah seronok… semua benda diselaputi ice macam best je…






tapi bila lama-lama tak larat lah pulak nak menahan diri dari terus berada dalam keadaan sebegitu huhuhuhu. Ini di tambah dengan keadaan kat sini yang angin dia bapak lah kuat. Kalau 20mph atau 30mph tu biasa je.


Cubalah bayangkan, bila angin tu bawa udara sejuk dibawah tahap beku… fooyooo beku beb!



Walau betapa payah sekali pun... aku akan terus melangkah dah maju kehadapan. Segala cabaran dan dugaan akan aku hadapi dengan hati yang tenang dah terbuka. Aku akan sentiasa berusaha, berdoa dan yakin Allah sentiasa bersama ku.

Christmas at International Culture Centre (ICC)


ICC lah tempat foreign student’s berkumpul dan berinteraksi di TTU ni. Sempena Christmas, ada diaorang buat sambutan sikit... dan ada juga Mr. Santa… yang bestnya dapat hadiah hehehehe…


Selain tu, ada juga Christmas tree from around the world!


Thursday, January 1, 2009

Lab Christmas and Santa Land


Hari ni last exam dan Advisor aku arrange untuk “Lab Christmas Get Together”. Katanya untuk aku ngan Ain memahami dan merasai suasana Christmas. Tapi apa yang kelakarnya tak de sesiapa pun dalam lab kami ni yang betul-betul sambut Christmas; Kendra ngan Advisor aku sekali ngan boyfriend dia si Danny tu tak pun ada agama (tak percaya kewujudan tuhan katanya), si Jeff pulak tengah dalam proses untuk memeluk agama Buddha dan aku ngan Ain pulak Muslim. Apa-apa pun, bagus juga dapat berkumpul sebelum semua orang bercuti… Jeff dah nak grad, mungkin semester depan agaknya dan Ain pulak akan pergi buat sampling dalam tempoh masa yang sangat lama.

Sehari sebelum lab Christmas, tengah aku sibuk study dan siapkan final project tetiba aku dapat e-mail dari boyfriend advisor aku…

Dear All,
Wikipedia offers a fairly balanced explanation of Christmas and its origins…

http://en.wikipedia.org/wiki/Christmas

There will be a quiz over the material during dinner. Tomorrow, we will focus on the pagan and retail aspects of Christmas because they are way more fun in my opinion. If the trip to Santa Land goes well we should try and hit up Ransom Canyon to see all the houses that are lit up.

Danny Squire
Programmer / Analyst II

Dah pulak… bertambahlah subject aku kena study…mmmm….

Lepas dinner, kami semua dapat Christmas present dari Tigga dan Danny. Ini lah hadiah aku dapat hohoho…

Stoking bulu untuk kegunaan masa keadaan sejuk mencengkam dan gula-gula tongkat – tradisi kat US ni diorang akan hadiakan gula-gula ni masa Christmas.

Ni pulak… ayam turkey untuk thanksgiving tahun depan sebab Advisor aku kata tahun ni tak sempat nak cari turkey halal huhuhu…

Cicak!



Lepas tu kami ke Santa Land… masa kat sini Tigga, Kendra dan Danny sibuk menerangkan pada aku dan Ain pasal semua-semua perkara yang berkaitan ngan Christmas. Tapi yang lawaknya, bila ada pendapat yang bercanggah… mula lah diorang tengok kiri kanan … bukan apa takut orang dengar sebab aku tahu sangat apa yang diorang cakap tu, dia orang pun tak sure kebenaranya jadi takutlah orang terdengar… lawak betul lah diorang ni.

Menurut diorang, ini lah antara "creatures" yang membantu Santa di North Pole untuk menjayakan Christmas...



Merry Christmas!