Thursday, February 26, 2009

Winter Break ‘08 (Episode 6) – San Antonio

(Kisah Dec. 26, 2008)

Kami sampai di San Antonio dah pukul 6 pagi. Punyalah semangat...

“ Korang lepas subuh kita ge breakfast, makan banyak-banyak sebelum tido”.

Ya lah tu, lepas subuh je, semua padam… breakfast lah konon, sedar-sedar dah tiba masa untuk check out. Siap front desk call lagi tanya nak sambung stay ke nak check out.

Kami check out dan terus ke Sea World. Kalau tak silap cuma ada 3 je Sea World around US ni; San Diego, San Antonio dan Orlando. This is my second time to be at the Sea World. First time was 2006 di San Diego Sea World.

Kami terjumpa 2 famili dari Malaysia yang belajar di Minnesota dan Kansas. Best juga rasanya bila jumpa community sendiri di tempat orang.

Malaysian at the Sea World!


Seputar di Sea World


By the time kami meninggal kan Sea World dah sampai masa untuk makan malam, terasa pulak nak ke River Walk untuk makan malam… bunyi macam best je. Tapi bila kami sampai, punya lah ramai giler



orang berrejam tunggu nak dapat seat kat restaurant. Nasib baik makanan dia ok (ataupun sebenarnya kami yang dah kebulur hehehehe…)

Sekeliling River Walk...


Sambil makan kami berbincang sama ada nak stay atau teruskan perjalanaan mengikut jadual asal. Obviously, aku ngan Ain kira setuju jelah… dah kami penumpang di belakang hehehehe. Zarul dah tak berapa larat tapi Faisal kata dia ok lagi untuk drive… so kami pun teruskan perjalanan…

3 comments:

MAAZ said...

i found the crystal package most interesting one at
www.auracamera.com

Ping from Miri said...

Best giler!!!
nak pergi!! tapi tak tau bile^^

Sea world tu best lah!

lagi best jumpa malaysians secara surprise^^

juliana.senawi said...

Ping,

Sea World memang best! u kena lawat satu hari nanti

Sea World di San Diego much more bigger dari yang ada di San Antonio ni. Tapi dua-dua pon best

Bila-bila rasa nak datang... let's me know :)