Sunday, February 15, 2009

Winter Break ‘08 (Episode 4) – El-Paso

(Kisah Dec. 24, 2008)

Kami tiba di El-Paso dah malam dan masa untuk cari tempat tido. Oleh kerana ni macam trip ad-hoc je, jadi tak delah kami buat reservation. Main redah je, masa on the way adalah kami call beberapa motel untuk cuba nasib. Macam tu lah arrangement kami untuk tempat tinggal… tak patut di jadikan tauladan huhuhu. Apa pun akhirnya kami bermalam di Beverly Motor Crest Motel… murah dan yang penting bak kata Faisal, yang jaga counter India so kami akan ok dan selesa tinggal kat sini. Apa-apa lah, yang penting dapat rehat dan dapat tengok El-paso pulak esok …ZZzzzz…

Bila bangun pagi tu, terkejut juga tengok landscape di sini. Bergunung ganang rupanya :)

Untuk El-Paso ni cadangan yang kami ada sebenarnya nak lawat Zoo, tapi oleh kerana harini Zoo tutup sempena esok nak Christmas apa lagi… plan pun berubah lah.

Jadi apa lagi… aku cadang kat diorang kami ke Downtown El –Paso, pastu ge lawat Golden Horseshoe District. Tempat ni sebenarnya kira Sensational Shopping Streets lah. Atau lebih mudah nak difahami macam kat Wang Kelian ke, Bukit Kayu Hitam ke cam tu lah. Deretan kedai kat sempadan. Tempat ni adalah sempadan US ngan Mexico. Jadi apa lagi… dah dekat ngan Mexico kami pun tak lepaskan peluang untuk cuba menjejakkan kaki ke sana. Tapi apa yang sebenarnya terjadi… Zarul tak bawak passport lah pulak… hmmm…


Masa berada di border point ada kisah yang lucu, menakutkan dan tidak pula dapat dilupakan. Kisah ni terjadi kepada Faisal… sedang asik memerhatikan orang menyeberang sempadan, dia pun sibuk lah mengambil gambar… tetiba je boder patrol sound kata jangan ambil gambar. Pastu tetiba je dia datang mintak camera dan delete semua gambar yg diambil di sekitar border tu. Nasiblah delete gambar je kot rampas lah pulak camera aja naya. Tapi yang kelakar sempat lagi Faisal bertanya ngan officer tu… nak ge belah Mexico jab… dengan selamba dia kata “Ada perlu apa ke sana? Kalau setakat nak jalan-jalan je tak payah lah… tiap-tiap hari ramai je orang mati kat belah sana tu. Banyak kes tembak menembak” … mmmm pulak. Tak jadi lah kami nak ge huhuhu


Jadi ambik gambar di belah US je lah


Selepas puas bershopping apa lagi… masa untuk cari makan. Kami berhenti di restaurant arab… owner dia muslim. Sempat jugalah kami beramah mesra dan bertanyakan dimana masjid terdekat.




Selepas makan dan sembahyang di masjid, kami terus ke walmart untuk beli makanan nak bawak ke Big Bend National Park, maklum jelah esok Christmas. Tapi ada perkara yang kami tak sangka-sangka berlaku… walmart tutup. Pulakkk… seingat aku kata Danny dia tutup Christmas Day bukanya Christmas Eve… lagi pun ni tak pukul 8.30 malam lagi huhuhu. Akhirnya kami shopping jelah dia petrol station.

On the way ke Big Bend, Faisal kena warning ticket sebab memandu di lorong yg salah (lorong untuk memotong sahaja) hehehehe. Kira pengalaman baru untuk kami lah ni. On the way tu juga ada pulak border patrol check. Dia mintak document perjalanan… Zarul tak bawak passport tapi nasib baiklah abang boder patrol baik, maka kami pun teruskan perjalanan....

2 comments:

Ping from Miri said...

best nyer! tempat ni nampak memang cantik!

Is that exactly the town Bush Jr born in or live in? Huhu. I cuma tahu dia dari Texas jer ^^

juliana.senawi said...

I not sure dia dari this area too... yang i sure dia dari Texas hehehe.