Wednesday, February 18, 2009

Winter Break ‘08 (Episode 5) – Big Bend National Park

(Kisah Dec. 25, 2008)


Tiba Big Bend dah tengah malam… ada call untuk reservation tapi diorang kata kami kena sampai sebelum puku 10.00pm sebab diaorang nak balik raya… pulak… mana lah sempat. Apalagi berrejam gaklah kami berputar-putar mencari tempat penginapan akhirnya dapatlah juga .. dalam pukul 2.00am huhuhu. Yang penting driver kena rehat.

Oh rupanya kami bermalam di “Terlingua Ghost Town”… nasib tak perasan malam tadi… kalau tidak mesti tido tak berapa lena (eh.. iye ke? Hehehehe)

Pagi tu kami terus ke Big Bend National Park, kalau korang nak tau national park ni dapat nama from its location on the bend of the Rio Grande. The river creates a natural border that separates the United States from Mexico. Maka dengan itu perjalan kami pun bermula dengan The Panther Junction Visitor Center for registration dan seterusnya ke The Chisos Basin Area. Adalah kami buat sikit day hikes dalam 0.3 mile je to Window View. Tempat ni provides an excellent place to watch sunset and view the mountains.

Ni lah dia Window View tu

Pastu kami ke Santa Elena Canyon. Nak di jadikan cerita, masa on the way ke situ, tayar kereta kami panjitlah pulak. Nampak gaya macam tak de siapa je pernah ada pengalaman tukar tayar… mmm… apa taknya kalau semua sibuk baca instruction hehehe. Nasib baik ada brother motor besar berhenti dan tolong kami. Membantulah sangat. Terima kasih Bro, we really appreciated it! 2 jam jugak lah nak siap tukar tayar ni.



Akhirnya tiba juga di Santa Elena Canyon and ni lah Rio Grande yang aku cakap tadi tu.

Kami dah terlewat dari jadual asal… keadaan dah gelap jadi terpaksalah cepat keluar dari sini. Masa nak berhenti sembahyang Maghrib/Isyak, ternampak pulak Javelina. Excited jugak lah. Apa taknya tak pernah jumpa… sekali pandang macam wildboar (pig). Ni aku cerita sikit, Javelina is not a pig, a feral hog or a wild boar. Although similar in appearance to a pig, it is a collared peccary. Along evolutionary lines, a collared peccary is a distant relative of wild pigs and hippos. Scientists know it as Pecari tajacu.

Menurut Biologists, the confusion probably started as soon as European explorers arrived in the New World. The Javelina is native to the Western Hemisphere, while true pigs developed in the Eastern Hemisphere.

Javelina tengah lintas jalan… korang tengok rupa dia mengelirukan tak… jadi kalau sembelih kira boleh makan ke ni?



Kesimpulan: pemandangan kat sini memang cantik. Tapi mungkin ada yang kata aku ni bias maklumlah aku major in animal study… mestilah lebih appreciated benda-benda macam ni kan. Apa-apa pun aku memang suka Nature :)



Masa nak keluar dari National Park ni, kami kena lintas border patrol check lagi, tapi kali ni nasib Zarul tak seperti sebelum ni… maka kena tahan. Macam-macam soalan di ajukan, untuk pastikan si Zarul ni bukan lah pendatang dari Mexico. Maklumlah muka dah memang macam orang dari sebelah sana hehehe. Hari semakin lewat dan keadaan kat sini dah bertambah sejuk… mmm… apalah agaknya nasib Zarul kali ni.

Akhirnya, lepas 2 jam di tahan dan disoal siasat, maka kami dibenarkan untuk teruskan perjalanan. Moral of the story, sepanjang berada di luar Malaysia, di nasihatkan untuk membawa passport kemana juga anda berada, kalau tidak anda mungkin akan dipenjarakan atau di denda atau kedua-duanya sekali :(

By the time kami mulakan perjalanan, at lease dah 4 jam terlewat dari jadual asal. Agaknya pukul berapalah kami akan sampai di San Antonio ya? Nak dijadikan cerita lagi… kami terlangar rusa lah pulakkkk… OH NO! Tapi bukan lah salah abang driver kami, keadaan gelap… tengah highway, tak de lampu jalan pulak, lagi pun sebenarnya rusa tu dah kena langgar. Masa rusa tu cuba untuk bangun kami pulak lah langgar sekali lagi… ishk ishk ishk. Dah dia terbaring manalah nampak, dah dekat baru perasan huhuhu. Tapi yang merisaukan kami tanduk rusa tu… kami manalah ada tayar spare lagi. Kot lah tanduk tu kena tayar dan bocor pulak… aduhai. Apa-apa pun tayar ok, cuma masa kami berhenti untuk check tayar tu terdengar suara rusa tu merintih kesakitan dan meminta tolong… tapi masalalahnya kat tengah highway yang gelap, 3 lane pulak tu dah lah kat sini banyak trailer ala-ala Transformers, macam manalah kami nak tolong.

5 comments:

Ping from Miri said...

goodness, memang macam-macam akan dihadapi sepanjang journey Kak Jul dengan rakan-rakan.

The views are magnificent! It's not solely because u r nature lover so you are bias...but it's truly beautiful! Jealousnyer.... nak ambil gambar2 cantik jugak ^^

i think malaysians must experience disoal oleh polis kat US. semua lecturer i yg belajar kat US memang ada experience yg sama waktu traveling across US.

Kesian lah rusa tu. kesian jugak ngan korang yg bimbang pasal tayar kereta.^^

chempaka said...

Oh i envy you sis! Nice trip tho....Javelina? Such sweet name for tut..tut..hahaha.

I'm thingking of Yellow Stone National Park, Utah for the summer trip. Hope everything goes well for ya!

juliana.senawi said...

Ping,

You always welcome to visit me here, and maybe we can plan a trip to do some nature photography session hehehehe… cadangan macam pro pulak kan.

Ya lah experience ngan polis kat US ni (especially homeland security), memang interesting… maklumlah foreigner kan (kita tak kena tahan, bolehlah cakap lebih sikit tak hehehehe…)

take care of yourself there... home everythings will goes well :)

juliana.senawi said...

Chempaka,

yalah Javelina... bunyi macam ok je kan hehehehe

Trip to Yellowstone National Park, I bet going to be interesting. Hope you will have a save journey and will enjoyed the scenery. I never visited that place yet, but I met few people that actually working at the park, and heard many interesting stories about that place.

-------------------- said...

mati-mati aku ingat Javeline tue kawan mat salleh ko.. rupa-rupanya... adik beradik "tut-tut"

-farah-