Thursday, January 1, 2009

Lab Christmas and Santa Land


Hari ni last exam dan Advisor aku arrange untuk “Lab Christmas Get Together”. Katanya untuk aku ngan Ain memahami dan merasai suasana Christmas. Tapi apa yang kelakarnya tak de sesiapa pun dalam lab kami ni yang betul-betul sambut Christmas; Kendra ngan Advisor aku sekali ngan boyfriend dia si Danny tu tak pun ada agama (tak percaya kewujudan tuhan katanya), si Jeff pulak tengah dalam proses untuk memeluk agama Buddha dan aku ngan Ain pulak Muslim. Apa-apa pun, bagus juga dapat berkumpul sebelum semua orang bercuti… Jeff dah nak grad, mungkin semester depan agaknya dan Ain pulak akan pergi buat sampling dalam tempoh masa yang sangat lama.

Sehari sebelum lab Christmas, tengah aku sibuk study dan siapkan final project tetiba aku dapat e-mail dari boyfriend advisor aku…

Dear All,
Wikipedia offers a fairly balanced explanation of Christmas and its origins…

http://en.wikipedia.org/wiki/Christmas

There will be a quiz over the material during dinner. Tomorrow, we will focus on the pagan and retail aspects of Christmas because they are way more fun in my opinion. If the trip to Santa Land goes well we should try and hit up Ransom Canyon to see all the houses that are lit up.

Danny Squire
Programmer / Analyst II

Dah pulak… bertambahlah subject aku kena study…mmmm….

Lepas dinner, kami semua dapat Christmas present dari Tigga dan Danny. Ini lah hadiah aku dapat hohoho…

Stoking bulu untuk kegunaan masa keadaan sejuk mencengkam dan gula-gula tongkat – tradisi kat US ni diorang akan hadiakan gula-gula ni masa Christmas.

Ni pulak… ayam turkey untuk thanksgiving tahun depan sebab Advisor aku kata tahun ni tak sempat nak cari turkey halal huhuhu…

Cicak!



Lepas tu kami ke Santa Land… masa kat sini Tigga, Kendra dan Danny sibuk menerangkan pada aku dan Ain pasal semua-semua perkara yang berkaitan ngan Christmas. Tapi yang lawaknya, bila ada pendapat yang bercanggah… mula lah diorang tengok kiri kanan … bukan apa takut orang dengar sebab aku tahu sangat apa yang diorang cakap tu, dia orang pun tak sure kebenaranya jadi takutlah orang terdengar… lawak betul lah diorang ni.

Menurut diorang, ini lah antara "creatures" yang membantu Santa di North Pole untuk menjayakan Christmas...



Merry Christmas!

1 comment:

Chiew Ping said...

a nice experience! but why cicak portrait as a gift ah?