Wednesday, October 15, 2008

Roti Canai, Buah Pear and Basikal

Kalau dulu masa kat Malaysia boleh dikatakan aku ni pelangan tetap kedai mamak… tak kiralah breakfast ke... lunch ke… dinner ke… itu lah tempat yang biasa aku ngan Dr Yati lepak.
“Mamak roti pisang garing - 1, Teh ‘O’ – 1” itulah routine pesanan aku.

Tak sangka pulak aku masih dapat makan roti canai bila sampai kat Lubbock ni… Baru 2 @ 3 minggu kat Lubbock dah boleh jumpa roti canai, kira dahsyat jugak lah. Tak terasa dan tak sedar, yang sebenarnya aku dah jauh beribu-ribu batu dari Malaysia.



Sekarang ni class dah start… walaupun apartment aku tak de lah jauh mana ngan fakulti aku (lebih kurang 20 minit jalan berlenggang lah) tapi sangatlah terasa kepenatan berjalan kaki tu. Maklumlah bertahun dah aku tak berjalan kaki ni… seingat aku cuma masa undergrad tahun 1 je dulu itupun adalah setengah semester kot. Tiap pagi aku kena jalan lebih kurang 10 minit ke bus stop university (ni yang paling dekat ngan apartment akulah), kalau tak nak berjalan ke campus. Lintas kawasan perumahan.. satu pagi...

“Eh, Ain.. buah apa hijau-hijau tu”
“Mana?”
“Tu lah… eh buah pear lah ko… eh ambik gambar”

Maklumlah tak pernah nampak pokok pear. Biasa nampak buahnya je kat pasaraya. Apa lagi sambil melepaskan lelah aku ngan Ain pun sakan lah bergambar ngan buah pear yang masak ranum dan merimbun. Tiba-tiba… tuan rumah keluar, terkejut bapak badak lah juga aku. Kalau macam kat TV bila kat kawasan koboi, keluar-keluar je mesti bawak senapang. Tu yang buat aku cuak tu. Tapi mujurlah tuan rumah tu hulur beg plastic kat aku… “Take... as many as you want“ peeehhh… lega.




Bila hari-hari berjalan kaki ke class, terasa sangat nak beli kenaikan. As a student, cuma basikal jelah setakat ni yang termampu untuk di beli. Kat sini basikal pun kena register, police siap ambik no engine basikal lagi, nombor tu ada kat body belah bawah… dekat-dekat ngan piring rantai yang depan. Selama ni aku tak tau pun basikal ada nombor siri. Kalau ada nombor driving license, police akan engrave kan kat body basikal. Hebat juga diaorang ni… katanya untuk memudahkan nak trace basikal kita kalau hilang ke… kena curi orang ke… dan lain-lain. Apa-apa pun demi kebaikan, aku ikut je. Lagi pun ge register je.. bukan kena bayar pon.



2 comments:

MsN said...

Bestnya dapat buah pear free ek...study apa kat texas tue?

juliana.senawi said...

Free je hehehehe. Kat sini study Zoology