Monday, October 27, 2008

South Plains Fair


Bulan-bulan puasa ni, diaorang ajak pulak gi Fun Fair. Mula-mula tu serba salah jugak, nak ge salah tak ge salah… maklumlah diaorang nak ge pukul 6.00pm, kami bukanlah tak nak ge tapi sekarang ni bulan puasa. Manalah nanti kami nak berbuka dan sembahyang maghrib. Macam aku bukan kisah pon sembahyang tepi jalan tapi mesti susah nak cari air kat Fun Fair. Last-last diaorang kata.., “pergilah malam, lepas buka”… dah diorang kata camtu, gembira lah kami.


Fun Fair ni tak banyak beza dengan yang ada kat Malaysia, yang berbeza… ada pameran hasil pertanian dan haiwan ternakan sekali. Aku tak berapa pasti kalau Fun Fair kat Malaysia ada jugak benda-benda ni. Tapi sepanjang ingatan aku yang tak banyak kali ge Fun Fair ni… tak de kot. Aku rasa lah ni mesti disediakan untuk mereka-mereka yang tak gemar main permainan yang ada kat sini tapi nak ge Fun Fair (setakat jalan-jalan lah). Contoh terdekat macam aku lah… best jugak dapatlah tengok benda –benda ni dan banyak juga yang aku belajar.

Ada satu section tu untuk pameran arnab… cuba korang tengok arnab-arnab ni… sebahagian je lah. Dari yang berbulu lebat macam kucing parsi sampai ke saiz macam mak kucing pun ada. Bukan setakat tu… yang telinga mengelebeh dan yang obese pun ada.

Dari haiwan ke buah-buahan… labu pelbagai bentuk, saiz dan warna.


Buah tembikai pun ada… siapa punya paling besar? Hehehehe

Tak kanlah tengok-tengok je… masa untuk berFun Fair.


Kami naik Paris Wheel, tengok tu… senior kami Faisal, hidup dalam kebosanan… hehehehe. Tak trill katanya naik benda macam ni.


Oklah layan lah jugak dia. Naiklah benda ni pulak. Mak ai… macam nak tercabut jantung… berpusing-pusing huhuhu....

No comments: