Monday, October 27, 2008

Hari Raya Aidilfitri


“Bagi menyempurnakan titah peritah seri paduka bahginda yang dipertuan agung, setelah diperkenankan oleh duli-duli yang maha mulia raja-raja, maka adalah dengan ini saya mengistiharkan bahawa tarikh hari raya puasa bagi kawasan Lubbock telah ditetapkan pada hari Rabu, 1hb Oktober tahun 2008. Sekian wasalamualaikumwarahmatullahhiwabarokatu”.

Yahoooo esok raya.


Ni gambar Hari Raya kami sekeluarga. Tapi gambar-gambar ni bukanlah di ambil di pagi raya seperti yang kebisaanya berlaku. Kat sini 1 Syawal mana cuti, bolehlah kalau nak mintak pengecualian, tapi pikir-pikir balik kalau mohon cuti pun nak buat apa? Jadi baiklah ge class… apa lagi berbaju kurunglah aku ke class. Semua orang tegur… kira alert lah jugak diaorang ni… maklumlah baju tradisional kita, manalah orang-orang kat gurun ni biasa nampak.

Yang paling mengharukan raya ni… aku ngan housemate aku buat open house. Aku bagi tau family aku kat kampong, semua terkejut… biar betul aku ni. Maklumlah aku ni berasal dari keluarga yang ramai adik beradik perempuan jadi bila time-time raya kerja dah siap dibahagi-bahagi. Aku biasa ambik part pasang langsir, kemas rumah dan iron baju raya. Ni kena-kena nak kena masak pulak, dah lah tanpa guide lagi tu (ada guide tp jarak jauh lah)… mencabar ni.



Berbekalkan recipes yang adik aku hantar ikut YM dan sekali sekala call mak aku… nil ah antara makanan yang terhidang di open house kami. Jangan tak caya…


Ramai juga tetamu yang hadir… rumah kami ni pulak sekangkang kingkong je. Bersempit –sempitlah sikit ya.

5 comments:

JuNe.. said...

wehh meriah jgk...ko ke yang masak??? mcm xpasti jer,,,hehehe

kakak aku nie memang pemalas..tahap gaban punye malas,,konon part pasang langsir n gosok baju...padahal tdo jer..

org lain yg siapkan nti..setiap raye pon gitu...huahua....

JuNe.. said...

wehhh,,bgila komen kt blog aku,,aku baru buat baru,,klik jer kt muke aku tu,,kedekut tull..

biha said...

akak..meriah gak open house akak..
oh..dpt resepi dr Malaysia..
siap call mak tu..
lawak tol..
apapun...kuat tol semangat akak nak bt open house ye..
p/s:akak, btol ke comment adek akak tu?akak malas?heheh

juliana.senawi said...

adik, apa lak tak caya... ana lah yang masak. ingat ada ketering ke sini.

nak ngata orang malas, dia pon sama je... tiap2 kali raya ana tau yang gosokkan baju kau tu. Raya tahun ni tak lah hehehehe

juliana.senawi said...

ala biha... adik akak tu memang camtu. selalu tak puas hati ngan akak, padahal dia tu lagi lah cuma tolong kami sikit2 je tiap kali raya. konon ambik part tolong masak, padahal yaya ngan mala yang buat semua...