Wednesday, September 9, 2009

Elementary School

15th January 2009

Hari ni kami ada discussion di salah sebuah sekolah rendah di kawasan Lubbock ni; North Ridge Elementary. Pukul 6.30am kami dah terpacak kat sekolah tu, gila kentang! Mesti korang pelik, apa lah pulak kitaorang buat kat sekolah rendah ni… nak kata kami ni cikgu sekolah tak delah pulak. Sebenarnya kami ada discussion berkaitan program untuk memperkenalkan sains dilapangan kepada kanak-kanak sekolah rendah. Target kami 4th grade atau murid-murid umur dalam sepuluh tahun cam tu lah. Salah satu objectivenya untuk beritahu kat diaorang ni yang science ni bukanlah semata-mata lab coat dan test tube. Jadi program kami dia panggil… ‘Live From The Field’.



Aku ngan Ain bergaya dihadapan papan kenyataan sekolah rendah ni. Kira macam notice board untuk parents lah gitu. Seingat akulah... sekolah aku kat kampung tak de lah pulak notice board cam ni. Tapi kalau ada benda ni pun tak guna juga kot, sebab kebanyakan kami ge sekolah sendiri... samada berjalan kaki atau pun naik basikal huhuhuhu.


Of course, advisor kami lah yang do most of the talking… semua orang dengar jelah dan sekali sekala mencelah memberi sokongan.


Serious betul dia bila bab-bab cam ni. Danny selaku programmer dan IT officer sibuk gak menerangkan sesuatu pada cikgu-cikgu kat situ.

Kami pulak lain yang dibuatnya...bukan apa kami ni cubalah nak mengexplore dan menghayati serta membandingkan keadaan sekolah rendah diorang ngan sekolah rendah kita kat Malaysia. Lain sungguh… Nampak diaorang ni lebih relax dan tak de tekanan, terutamanay berkaitan exam. Macam best lah pulak.

Bayangkan... ni aku berada dalam darjah 4 kat Malaysia...dengan persekitaran yang bergini. Buku tak yah bawa balik... tu susun je kat rak belakang. Most buku nya pulak buku cerita je bukan nya sifir ke ataupun apa-apalah buku yang susah-susah.


Ni tengah ambik feeling lah ni… ada gaya tak?


Woi dah lah wei... concentrate lah sikit korang.






6 comments:

mlle said...

this is so interesting! Nak balik ke kelas sekolah rendah juga~~~

may be should pay a visit to my old schools when back in Miri :)

juliana.senawi said...

ya lah... pastu ambik gambar tau. my school dah tak de. dah pindah sedih betul huhuhu

M. A. Muin said...

Nice job! Hope todo it here in future.Then we can get more naturalist!

ainzoo said...

woi....hap det ar citer baru..ehehh
(kokonon aku tak tau la tahap kebuzyan kita yang ditahap cipan)

juliana.senawi said...

aku update soon
tungguuuuu

amey ahmad said...

aihhh!! Ain?? Wahh.. Sama supv ker?? Kim salam eh?!