Saturday, November 28, 2009

A story to tell

(January 2009)
Hari ni kami ke sekolah rendah tu lagi... advisor kami bagi talk about Malaysian Bats. Lab kami ni dikenali Malaysian Bats Conservation Research Unit (MBCRU). Kami cuba nak educate murid-murid sekolah di US, especially yang tinggal di Lubbock ni, sebanyak mungkin pasal rainforest... maklumlah sini kawasan padang pasir, contrast yang amat lah dan yang paling penting memperkenalkan Malaysia Bats seterusnya 'Malaysia Truly Asia'. Bunyi macam semangat patriotic lah pulak hahahaha.

Advisor ku... talking about bats

Masa ni kami ada juga bawa beberapa specimen untuk display. sajalah nak tunjuk kat budak-budak ni rupa kelawar sebenar. Aku ni pun kalau tak kerana seorang pengkaji kelawar, mungkin tak tau cam ner rupa kelawar ni sebenarnya dan tak kan ada peluang tengok secara live hehehehe

Budak-budak ni macam excited je tengok specimens... tu tak tengok yang hidup lagi tu.

untuk maklumat lanjut tentang apa yang kami buat di sini... layari Malaysian Bat Education Adventure di http://www.ttu-mbea.org/ bagus untuk menambahkan ilmu pengeahuan

benda yang aku paling suka kat sekolah ni... mural diorang. Nature dan cantik... ni anatara yang sempat aku potretkan sambil-sambil menghayati talk dari advisor aku hahahaha

Freezing Fog


Hari ni juga cuaca dah makin sejuk. Tahap penglihatan pulak dah semakin critical. Kira kalau kat Malaysia ni macam keadaan berjerubulah... tapi kat sini tanda-tanda nak salji.


Sepanjang hari ni... ni je lah yang dapat dilihat menerusi mata kasar dan keadaan sejuk semakin menusuk kalbu. Bila keadaan macam ni menjelma... untuk aku tiada yang lebih bahagia selain berada di atas katil sambil mengenakan selimut tebal ;)

1 comment:

amey ahmad said...

ok la tuu.. wat some kebajikan.. hehe.. balik nanti leh buat kat m'sia plak.. budak2 kat kl tuu, silap2 sama je dgn kat Lubbuck tuu.. hehe..