Monday, June 8, 2009

Winter Break ‘08 (Episode 8) – NASA, Houston

(Kisah Dec. 27, 2008)

Nampak gayanya … lama betul aku tak menulis blog aku ni. Nak kata busy tak delah sangat huhuhuhu saja je bertapa sebentar… ada baiknya aku sambung cerita yang dah lama tertangguh ni.

Maka cerita di Houston bermula dengan… waktu awal pagi Zarul dan Ain ge check keadaan kereta dan baiki tayar spare… di Walmart, maklumlah jauh lagi perjalan kami ni. Aku ngan Faisal ditugaskan untuk berkemas huhuhu.

Lepas pastikan kenderaan OK dan barang semua teratur, kami ke Space Center Houston, located at 1601 NASA Parkway. Mulanya ingat tempat ni kecik je… rupanya bapak lah lusanya, banyak station lagi tu. Station Angkasa lah… Bawah Air lah… bawah tanah lah… dan banyak lagi lah.


Masa kat sini kami terjumpa keluarga dari Malaysia lagi (ramai juga orang Malaysia kat US ni, ya lah nampak gaya macam senang je nak jumpa kan hehehehe). Mereka menetap dan bekerja di San Jose.

Ni lah keadaan di sekitar NASA ni…

Kat pintu masuk
mana satu GIANT nie.... hahahaha
Apa kes lak mamat belakang tu? ni mesti jelouse sebab kami dari Texas Tech... GUNS UP!
para super hero
Ni station angkasa!
space racing!


Sebelum meneruskan pejalanan kami singgah makan malam di Jamilah Garden. Bila jumpa restaurant halal je… biasalah… rasa duduk US ni macam tak cukup makan je. Selagi ada yang tersenarai dalam menu tu kalau boleh semua nak di cuba (macam tamak lah pulak) hehehehe. Begini lah nasib kami diperantauan.


alahai kesiannya lah kami... huhuhu

2 comments:

mlle said...

whoah, kisah disember 2008 sampai june 2009 pun tak habis cerita lagi, huhu^^
apa khabar kak Julie? sampai Perth untuk cari kelawar jugak ke? best nyer pergi merata tempat^^
take care ya!

juliana.senawi said...

hahaha tu lah cuba cari masa... macam busy je kan

tak delah saja je datang Perth ni, bawa parents jalan-jalan