Monday, December 1, 2008

Thanksgiving Break



Bila kata cuti, akulah orang pertama yang akan tersenyum dan melompat keriangan. Official University aku closed 27th & 28th Nov tapi biasalah kalau lecturer pun confident yang university akan bagi kelepasan untuk 26th Nov apalah lagi yang dapat aku katakan… hanya bertepuk tangan bersorak kegembiraanlah yang kedengaran. Bertambang best lagi, aku tak de class hari selasa 25th Nov… cubalah korang bayangkan jadi aku punya thanksgiving break 25th – 30th Nov 2008 wah wah wah syok nya.


Aku dalam perjalanan pulang kerumah, selepas habis kelas sambil berbasikal dan menghirup udara sejuk serta tersenyum lebar terkenang cuti yang bakal menjelang.

Eh singgah jab, pose kat sini... berlatar belakangkan pokok-pokok yang semakin tak larat nak berphotosynthesis.



Bila cuti yang diketengahkan, memang hati akan rasa tenang… bibir mengukir senyuman, tapi bila pengisian yang dititik beratkan… keluh pulak yang kedengaran. Maklumlah the following week nak final exam dan due date assignments yang berlambak ni ... aisyeh… yang tambahkan lagi buruk… aku bukan dah ada idea pon untuk assignment-assignment tu mmmmm.


Teringat aku kata-kata housemate aku bila bincang pasal cuti

“Ha… tu Julie kepala hotak dah bertunas-tunas lah tu”

Definasinya = ada je idea bernas yang akan aku ajukan bersempena tema cuti hehehehe.

Tapi yang pasti tidak pada kali ini huhuhu.

Cuti kali ni tak banyak akitiviti yang berlaku… oleh kerana perlu bertapa untuk buat kerja sekolah, jadi kami mulakan dengan bershopping. Ni ala squirrel nil ah… bila musim sejuk nak datang je, kutip semua makanan dan simpan.

Cuba korang tenggok ni, dia kutip pastu timbus dalam lubang tu…emmm jumpa balik ke tu nanti?


Yang ni… situasi akulah pulak hehehehe




Kalau tengok skala suhu ni nampak macam biasa je kan. Tapi untuk aku yang dan biasa hidup di garisan equatorial ni, besar maknanya tu wooo. Bila angin seboi-seboi bahasa datang, tambah pulak hujan reyai-renyai tu… peah.


Saat-saat begini homerange aku dah semakin mengecil… meja study, dapur – [cari makan] dan katil – [tidur]. Kira nilah hotspot kawasan keliaran aku untuk sepanjang ‘Thanksgiving Break’

Sekali sekala terpandang aku ke arah housemate aku tu…

Laa… dah tertidor rupanya dia di meja study, dengan badan berselubung selimut dan kaki di hitter. Ginilah nasib kami memerah otak menyiapkan assignments yang berlambak-lambak. Ni buku tak sempat nak baca lagi ni… aisyeh.

Walaupun kisah cuti aku macam tak berapa best, tapi sebenarnya perkara sebaliknya yang berlaku hehehe…


selimut letrik!… punya selesa aku tidur sepanjang cuti ni. Tak terdescribe beb… hehehehehe.

2 comments:

lynn said...

hillarious!!! mau order itu selimut satu..pos FEDEX mlm nie jugak..esok smpi terus sarung...wakaka.

juliana.senawi said...

best woooo ini selimut. buka main-main punya :) Eh dah dpt ke yg akak FEDEX? hehehehehe