Saturday, October 11, 2008

Journey to Texas Tech University

3 August 2008

Hari ini merupakan hari bersejarah dalam hidup aku… aku akan meninggalkan Malaysia buat satu tempoh yang agak lama. Mungkin 4 tahun dan mungkin lebih lagi dari itu. Aku hanya dapat membayangkan tempat yang aku tuju berdasarkan cerita-certita orang. Katanya tempat tu kawasan koboi… ala ala padang pasir lah kot yang banyak kuda dan berdebu. Maklumlah kesan dari pengaruh TV. Eh, korang tau ke mana aku nak pergi ni? LUBBOCK, TEXAS. Aku pun tak dapat nak tunjuk kat mana kalau korang suruh tunjuk dalam peta dunia. Google je lah kot kalau nak tau.

Wajah-wajah family aku masa hantar aku kat airport (KLIA). Ummmmppp… diaorang semua ni nampak gembira je…

Jadual perjalanan kami…

total hours = 23hr, kalau tambah connecting time lebih 24 hours… lamanya lah nak kena duduk dalam flight dan lama gak nak kena berkampung kat airport. Nasib baik juga ada Lisa ngan Linda, ada jugak lah teman nak berborak.

Wajah-wajah kepenatan dan mengantuk disekitar airport-airport persingahan kami…

wah macam berhenti kat R&R lah pulak. Jauh lagi ke Lubbock ni… are we there yet?

Alhamdullilah… akhirnya sampai juga kami ke destinasi yang dituju. Mak oi, apa yang aku nampak ni… bulat-bulat-bulat-bulat dan bulat…. interesting!


4 comments:

ainzoo said...

Welcome to Lubbock, TX.
Bukan lubok atau Labok... Ini tempat kobooi yang ampunya... (sila ulang dengan nada & intonasi Ahmad Albab)..hahaha

JuNe.. said...

wahh,,syoknye..byk seyhh gambo aku..terharu2..

mak oii nie betul gurun nie...xseindah yg aku bayangkan..

betapa indahnya malaysia..huahuahua

juliana.senawi said...

yep... koboi yang empunya hehehehe

juliana.senawi said...

June, tu kawasan airport je... macam Malaysia jugak lah KLIA kat ladang kelapa sawit. Lubbock ni kat kawasan ladang cotton, jagung etc...