“Bagi menyempurnakan titah perintah seri paduka bahginda yang dipertuan agung, setelah diperkenankan oleh duli-duli yang maha mulia raja-raja, maka adalah dengan ini saya mengistiharkan bahawa tarikh permulaan puasa bagi seluruh kawasan Lubbock telah ditetapkan pada hari Isnin, 1hb September tahun 2008. Sekian wasalamualaikumwarahmatullahhiwabarokatu”.
Wah berpuasa kat US lah aku tahun ni. Lepas je announcement tu aku, Ain dan Faisal tumpang kerete abang Jummah ke Masjid tapi kat sini dipanggil Islamic Center, untuk menunaikan sembahyang terawih. Kat sini terawih start pukul 10.00pm maklumlah Isyak masuk pukul 9.23pm dan biasanya habis pukul 12.00am, itu pun (8 rekaat + 3 witir) je. Kalau buat 21 rekaat, tak tau lah aku pukul berapa nak habis. Ini disebabkan masa siang dia lebih panjang. Di awal hari-hari puasa ni, subuh masuk pukul 6.12am, sunrise pukul 7.21am dan maghrib pulak pukul 8.13pm tapi bila dah akhir-akhir puasa, subuh masuk pukul 6.34am, sunrise pukul 7.41am dan maghrib 7.33pm. Kalau dulu masa kat kampong perbezaan masa untuk berbuka dalam sebulan tu taklah seketara macam kat sini (dalam lingkungan 10 minit je) tp kat sini 40 minit tu.
Ini lah Islamic Center Lubbock.
Lebih kurang seminggu puasa, dalam hati aku bertanya - bertanya “ aku ni tinggal kat desert ke kat rainforest ni?” Apa taknya hujan tak berhenti-henti dari malam sampai ke siang sambung pulak ke hari berikutnya. First time aku ge class basah kuyup, meredah hujan lebat, dah lah naik basikal nasib baik jugalah ada bawak baju spare. Masa nak ke lab terserempak dengan supervisor aku (Tigga).
Feel like home?”pulak… aku dah lah lokos ni, itu pulak yang dia tanya. Dah lah tu, class aku hari ni habis pukul 8.00pm. Ini lah yang dikatakan cabaran dalam menunaikan ibadah puasa...
Aku berbuka puasa dengan Mamee Moster, sambil memerhatikan hujan serta menunggu bas safe nite. Tulah yang bestnya kat sini, lepas je pukul 7.00pm kita boleh call bas untuk hantar kita balik rumah… tekan je 742-NITE adalah bas datang kutip kita. Basikal? ala.. bawak je naik bas.
Kalau korang nak tau, ni penangan ‘Hurricane Ike’. Korang mesti dengar juga cerita pasal ribut yang melanda US ni kan. Ribut tu tak lalu pun kat tempat aku ni… jarak kami dalam 8 jam drive. Tapi yang peliknya, kat sini pulak banjir beriya, banyak betul jalan tutup… bukan setakat tu campus pun tutup. Aku dapat call dari pusat kecemasan campus bagi tau yang universiti aku istiharkan cuti darurat dan class semua batal untuk hari esok. System emergency alert kat sini memang canggih sikit. Setiap students akan dapat call dan email berkaitan apa-apa kecemasan serta langkah berjaga-jaga yang patut kita ambil. Apa pon ini kira berita gembira lah… bukan senang woo nak cuti… hoooreey.
Kat sini bajir sebab Texas ni flat sangat (majority kawasan dia lah)… maklumlah desert. Manalah ada bukit bukau, gaung jauh sekali lah. Tu yang bila ada limpahan air yang melampau tak tau nak ge mana… jadi banyaklah kawasan digenangi air.
Ada lagi satu penyeksaan yang aku alami (berlarutan hingga kini)...
Ni nak melepaskan crossing bridge ni… bapaklah tak larat, naik nak kena semput. Ngapalah diaorang ni buat benda semuanya besar-besar dan lebar-lebar kat US ni. Pastu aku pulak kena cross benda ni hari-hari ngan basikal. Nampak gaya adalah harapan nak kecikkan peha ni hehehehehe