Monday, November 24, 2008

Halloween Party





Apalah costume yang sesuai untuk aku ya? Maklumlah, I've never been to one before… all my knowledge about Halloween is that it’s a festival has something to do with ghosts and pumpkins… jadi aku tak de idea nak pakai apa? Mmmm….
Finally…

Costume aku!

Kami tiba lewat sikit pada orang lain, masa kami sampai party dah start. Tengah penyampaian hadiah untuk constume terbaik.

No. 1 = Dark Vader
No. 2 = Modern Reggae
No. 3 = Chitara


Bukan setakat tu je, dia orang ada juga pertandingan labu creative.

Ini antara labu yang dipertandingkan.
Tapi siapa yang menang aku tak berapa pasti :)


Semua orang dengan costume masing-masing.


Ada jugak mereka yang bertanyakan pendapat aku tentang party ni, "Adakah seperti yang aku jangkakan?" Bagi aku ya lah kot... sebab yang aku tahu semua orang pakai costume.




This year’s Halloween in Lubbock is my first Halloween ever!

Tuesday, November 11, 2008

NASBR Season Finale

Sebenarnya aku hadir ke NASBR ni dengan tujuan membentangkan poster hasil dari kerja aku masa Master dulu dan di samping tu advisor aku nak aku berkenalan dan bernetworking dengan mereka-mereka di bidang aku ni.






Kisah aku nak siapkan poster ni memang sadis… aku sangat berterima kasih kepada Tigga, Kendra, Faisal, Jen, Jeff, Ain dan Nancy. Diaorg yang banyak tolong aku… comments, bagi suggestions dan bantu aku rehearsal dengan tanya soalan-soalan yang dijangkakan akan di tanya nanti. I really appreciated it. Bab printing pulak, aku berterima kasih ngan Faisal, apa tak nya… malam sebelum bertolak baru terhegeh-hegeh nak print. Aku ada print pagi tu… tapi macam biasalah bila dah print baru lah perasan ada kesilapan. Major pulak kesilapan tu… aduh!! Gelabah lah aku kejab...




Walaubagaimana pun aku sangat bersyukur kerana segala pengorbanana sahabat-sahabat aku tak sia-sia. Aku pulang dengan kejayaan dan kejayaan ini adalah untuk kalian semua. Thank you very much.

“… dan untuk Faisal ‘Happy Birthday’… maaf, kami betul-betul tak sempat nak buat yang grand sikit untuk hang sebab kami nak kena berangkat awal pagi ni. Tapi walaubagaimanapun, kami tak lupa birthday hang”.

Wishing You:
"Happy 27th Birthday"

The Rain – NASBR Episode 7

The weather forecast predicted it’s going to rain today. I, however, was determined that nothing would prevent me completing my task…

What?!... taking photograph in the rain!

Besides, a few raindrops never hurt anyone! Konon lah pada hal hoping that the heavy grey clouds overhead would magically disappear.


Tapi kan syok juga sebab aku tak pernah ada gambar ketika bermain hujan hehehehe






Monday, November 10, 2008

The Everhart Museum & Nag Aug Park – NASBR Episode 6


Bila banyak berjalan, banyaklah yang kita discover. Antara benda baru yang alert aku hari ni ialah Everhart Museum, apa lagi singgah lah jab. Aku tak pasti apa yang special pasal museum ni, tapi biasalah aku… bila kata museum je aku memang akan singgah dan explore. Nak-nak nya bila museum tu ada Natural History section, memang akan menarik minat aku… aku pun tak sure kenapa, tapi mungkin sebab aku ni zoology student jadi secara tak langsung life aku berkait rapat dengan Natural History (mmm… make sense). Museum ni agak kecil dan dibahagikan kepada 3 bahagian; Natural History, History and Art.

Antara bahan yang dipamerkan di ruangan Natural History


Balik dari museum tu, aku singgah lah kat Nag Aug Park “The City of Scranton’s largest park” Macam- macam ada kat sini, contoh: walking trails, picnic areas, kid-friendly rides, playgrounds, Olympic-sized swimming pools and waterslide.







Selain tu ada juga waterfalls. Aku tengok dari jauh je huhuhuhu




Satu lagi yang menariknya; Nay Aug Park’s David Wenzel Tree House (150 feet) ni. Cantik betul pemandangan dari atas.

Sunday, November 9, 2008

University of Scranton & Auction – NASBR Episode 5



Malam ni kami ada reception party di University of Scranton. Tak jauh pun dalam 10 minit berjalan kaki dari Hilton (Hotel dimana NASBR berlangsung)

Disamping tu, ada auction. Ini adalah aktiviti yang jarang ataupun tak pernah kita tengok kat Malaysia. Kat sini biasa je, bila ada conference diaorang akan lelong barang2 lama atau baru berkaitan conference tersebut dan dalam case ni kelawarlah… tak kira lah buku ke, poskad ke, t-shirt ke, cage ke atau apa-apa je lah. Seronok gak tengok diaorang berlawan-lawan harga. Aku cuma pernah tengok benda ni kat TV, bila experienced it sendiri… rasa seronok pulak.

Tujuan utama auction ni untuk fund rising bagi membantu pelajar datang ke conference ni dimasa akan datang mahupun untuk beri bantuan untuk menjalankan project. Kira bagi small fund untuk students lah. Dan bagusnya dia ada juga silent auction yang mana di items tu ada paper macam sign-up sheet and starting price ditulis kat kertas tu, jadi sesiapa yang berminat beat je lah dengan cara menulis… kalau kita menang, bayar je lah hehehehehe.

Ni yang mak kami; Tigga beli menerusi silent auction, aku tak pasti apa bendanya ni… nampak macam handkerchief, tapi tak pastilah kalau benda ni plate buku sebab dia kata benda ni tak de dah sekarang… rare. Mungkin juga hanya lukisan…mmmm. Confuse aku, tapi apa-apa pun nampak menarik dan unik. Harga USD 60.

Yang ni dia tengah cuba jual cage kelawar dari Datuk kami; Thomaz H. Kunz. Cage ni Atuk guna masa dia muda, semasa diawal-awal careernya. Ada juga mak kami cuba nak beli tapi dia dah tak mampu untuk mempertahankan jadi terpaksalah jual ke orang lain dengan harga USD 400 kalau tak silap… huhuhuhu

Masa ni juga kami gunakan untuk bersosial dan beramah mesra… hehehehehe




Friday, November 7, 2008

The Electric City– NASBR Episode 4

Sepanjang conference berlangsung, aku ada juga curi-curi masa untuk merehatkan otak. Bukan apa maklum jelah, satu hari suntuk cuba memahamkan apa yang diorang ni cuba nak sampaikan… paham-paham je lah, capacity aku punya memory ni… manalah dapat terima banyak-banyak maklumat dalam satu masa. Takut server-down… Jadi untuk memberi ketenangan dan merehatkan fikiran apa lagi ge lah jalan-jalan sikit. Bukan jauh pun… sekitar bandar Scranton atau lebih dekenali dengan Electric City ni je hehehehehe…



Aku rasa bandar Scranton ni agak kecil tapi menarik… pemandangan, landscape dan bangunan, sangat berbeza dengan keadaan yang biasa aku nampak.




Ada jugak beberapa perkara yang menarik perhatian aku di sini.

Ini Lackawanna College, apa yang menarik pasal college ni aku rasa lah lelaki dan perempuan diasingkan tapi berada di bangunan yang sama. Jadi diaorang bahagiakan, sebelah kanan bangunan college lelaki dan yang sebelah kiri perempuan. Jadi di tengah-tengah tu diaorang punya admin. Faktor aku kata macam tu sebab kita boleh nampak sign Girls disebelah kiri dan Boys sebelah kanan dengan jelas di atas pintu di situ. Speculation aku hebat tak hehehehe...

Yang ni pulak sekolah… rasanya sekolah rendah. Tengok dari luar macam tak percaya bangunan ni sekolah. Kalaulah masa aku kecik-kecik dulu kena ge sekolah kat sini aku sure mak aku ge cari sekolah lain. Apa taknya… tengok jelah pokok yang tumbuh subur dah menjalar di luar bangunan ni… sure mak aku kata “Janganlah sekolah kat sini… banyak ular” hehehehehe. Bukan apa, teringat aku pada satu ketika dulu, aku cuba nak tanam pokok yang menjalar seperti tu kat rumah aku… tapi mak aku lah orang pertama yang tebas semua pokok tu disebabkan takut ular tinggal… bagi aku macam cool je. Biasalah anak ngan mak banyak lah conflict nya hehehehe.

Monday, November 3, 2008

Trolley Museum, Scranton – NASBR Episode 3


Habis beraktiviti di Steamtown, aku singgah pulak di Trolley Museum. Mula-mula confuse juga… apa taknya biasa bila kata trolley tu kan cart yang ada kat pasaraya tu. Tak kan lah itu pun dia nak buat museum. Tapi apa-apa pun aku ge selidik.


Ini lah bendanya

Oh rupanya trolley ni lebih kurang train jugak tapi bezanya dia bergerak guna electric. Kalau korang pernah tengok kat TV ke, mana-mana lah yang jalan raya share ngan town train… ha ini lah bendanya. Tu yang Scranton dikenali sebagai Electric City tu… sebab trolley ni antara transportations utama kat sini dulu dan banyaklah rail bertiang electric kat sini... satu masa dulu.

Macam biasa lah bila ada peluang untuk naik trolley ni, aku lah orang nombor satu nak naik. Semua nak cuba, ummmp… kali ni aku cuba “Trolley Excursion Ride” pulak, dan yang ni lagi best… dia bawak aku masuk dalam wood (cara diorang panggil hutan kat sini). Adalah dalam 10 batu… jauh jugak tu, siap lalu tunnel lagi.
Tambahan cantik betul pemandangan kat sini, maklum jelah sekarang ni semua daun-daun dah bertukar menjadi merah kekuning-kuningan. Ni yang Ain dok sebok kata banyak pokok cerita Mohabatin ni… ni mesti dia nak tulis surat guna daun gak ni macam dalam cerita tu… hehehehehe alahai Ain... jiwa kacau lah tu...

Inilah trolley yang membawa aku bersiar-siar